Wednesday, October 14, 2009

Canggih lah!!

0 tindak balas yang diberi (",)

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009


Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Gred
Sedia Ada
Gred Baru

A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

**drp website http://www.moe.gov.my



canggih la..
tengok..tengok..tengok..
gred baru SPM..
start tahun ini..maksudnya..budak-budak yang amik SPM tahun 2009 bila depa dapat result SPM tahun depan, akan guna gred baru lah..
memang canggih..
dah jadi macam duduk kat U aje..
tapi bagus jugak..
memperkenalkan awal2 kat depa..
x da lah mcm zaman aku dulu..
dok matrik baru kenal gred2 gni..
canggih..canggih..



Saturday, October 03, 2009

PIPI dah hilang?

0 tindak balas yang diberi (",)
salam..selamat hari raya..he2..walaupun dah lambat bebenor aku ucap,tp tak pe lah kan..ucap jugak.ho3..ok2,cuba tengok sudah berapa lama aku tak hapdet?lama jugak haa...sampai dah penuh sawang2 debu2 yer?sampah sarap pun ada?ooo...tidak2..sampah sarap tak ada ya..aku datang gak membuang semua sampah sarap hari2..hahaha..okey2,sorry sebab aku dah mula merapu ntah pape...heee..

ok2..sekarang ni aku nak crita satu hal..semalam en pert ckp pipi aku da hilang.wut?hilang??haah!!hilang..dia ckp macam tu sbb pipi aku yang gebu dan cumil selama ini sudah tiada (perasan kejap..perasan kejap)

sampai hati dia cakap pipi aku hilang..mana ada..mana ada hilang...still ada lagi okey..ada aje tau..nak aku buktikan??jap..jap..aku buktikan..



tengok...

tengok...

tengok...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






yang kiri tu gambaq lama sket (xda la terlampau lama),yang kanan lak yang latest jgk la..
so,amacam?tgk3..sama aje kan?huu..masih montel n cun melecun mcm biasa..ahaks..