entry arini..denggi..ahaks,mcm nk jd pemberita lak..mmg xseswai..
masalah denggi ni makin lama makin kerap lak aku dengaq.awl tahun aritu time aku dok praktikal kat manjung pn aku dengaq kes denggi ni..tambah2 lak time tu mmg kwsn majung dan lumut disahkan kwasan denggi tertinggi..kawan aku yg wat praktikal kat area2 ctu pun turut terkena demam denggi ni...aku?alhamdulillah setakat ini xpenah lah lagi kene..
dalam minggu ni aje dah dua kali gang2 kementerian kesihatan meh
fogging kawasan perumahan aku..ari senin lepas n semalam..kabarnya ramai yang kene denggi..tu yang smggu smpai 2x depa mai tu..wah..glamer sungguh!! tp bukan best pun..glamer psl kes denggi..ape barang..uhuks..setakat cte2 jiran yang ak dengar dlm 3 family kene..dah tu bukan sorang dlm satu family,mau smpai dua tga org ha..da 1 family tu,tga beranak da demam byk hari daa..tp degil xnak g spital..org da suspect denggi tp degil xnk g check,so ak xtau r pe jd..harap2 mau la g spital check tgk..kalo bkn denggi xpe,mau mmg positive denggi..membahayakan nyawa je..huhu...
ni adalah gambar dikala penyemburan sedang dilakukan...
SEMANGAT
PAKCIK TU MENJALANKAN TUGASNYA
kita dah tau bahawa mencegah lebih baik daripada merawat kan?so kat sini aku letak sikit info pasal denggi..(kredit to
http://jknsel.moh.gov.my)
Apakah gejala denggi?Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.Demam DenggiCiri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:• Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.• Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.• Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.• Kadar kematian amat rendah.Demam Denggi Berdarah• Demam denggi berdarah sebenar dicirikan oleh demam yang kuat, fenomena pendarahan (dikaitkan atau menyebabkan kehilangan darah), pembesaran hati dan kegagalan peredaran darah.• Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.• Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.• Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.• Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.• Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)Sindrom Renjatan DenggiBagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan. Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:Lindungi diri anda dari gigitan nyamukUntuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siangJalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.Musnahkan tempat pembiakan nyamukCara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:• Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.• Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.• Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.• Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.• Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.Hapuskan nyamuk Aedes dewasaAnda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.